Islam is the way of life
Itulah moto kami. Penubuhan kami adalah di bawah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CiTU) UiTM Kelantan bertujuan untuk membantu CiTU melancarkan program. Oleh itu, dengan mengadakan program, kami berharap dapat menerapkan pengamalan nilai-nilai islamik di dalam setiap aspek hidup setiap ahli jawatankuasa dan kepada semua rakan-rakan yang lain.
VISI
Menjadi sebuah jawatankuasa yang berlandaskan norma-norma profesionalisme dan islamik dalam merencanakan pelbagai aktiviti ilmiah dan seterusnya melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan visi UiTM ke arah universiti bertaraf antarabangsa
MISI
- Pengurusan
Mewujudkan pengurusan yang sistematik dengan memperlengkapkan setiap ahli dengan ilmu dan kemahiran pengurusan serta kepimpinan melalui bimbingan perkongsian ilmu dan pengalaman antara ahli.
- Pembangunan Pendidikan dan Kaunseling
Mewujudkan suasana perhubungan mesra antara unit kaunseling Bahagian HEP & ALUMNI dengan ahli sebagai wadah rasmi dalam penyediaan alternatif terhadap permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kampus.
- Penerangan dan Penerbitan
Menyalurkan informasi terkini melalui medium tulisan pena dan melatih setiap ahli dengan kemahiran berkomunikasi.
- Infrastruktur Ekonomi dan Kebajikan
Menjana kewangan melalui kegiatan ekonomi yang dapat memberikan hasil yang konsistan dan mampu membiayai program serta menjaga kebajikan ahli.
PROGRAM & AKTIVITI 2005/06
- Majlis Solat Hajat Perdana Sempena Awal Semester Bersama Dato Pengarah Kampus.
- Kursus “Kembara Ilmu, Tautan Kasih Ilahi”.
- Forum Remaja “Kecelaruan Minda. Dimana Sudahnya?”
- Kursus Perkahwinan.
- Forum Melayu Global.
- Kursus Pemantapan Jatidiri.
- Kursus Pengurusan Jenazah.
- Majlis Solat Hajat Sempena Final Exam.
- Kursus Percikan Ilmu , Tautan Kasih.
- Forum Perdana Ehwal Islam.
- Lawatan Sambil Belajar ke Yayasan Al-Bukhari & UiTM Kedah.
- Malam Kebudayaan Islam 2006 Sempena Maal Hijrah.
- Pengkuliahan dan Bacaan Yaasin.
- Solat Berjemaah Bersama TP HEA dan HEP.
- Rombongan ke Arab Saudi.